Sesi persekolahan 2019 telah berlalu dan sepanjang
tempoh tersebut saya menggunakan pelbagai bahan untuk digunakan semasa proses
PdPc dilaksanakan. Oleh kerana kedudukan sekolah saya terletak di kawasan luar
bandar, saya lebih suka mendapatkan bahan seperti maklumat tentang silibus
pembelajaran, soalan latihan peperiksaan serta video-video interaktif
melalui internet sahaja.
Di dalam entri ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang
sebuah platform yang dibangunkan dan dikendalikan oleh pihak Digi, JomStudi yang amat membantu saya (sebagai seorang guru) dan juga para pelajar
terutama bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PT3
dan SPM.
JomStudi merupakan hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelajar, terutamanya bagi mereka yang mendiami kawasan yang kurang mendapat perhatian. Dilancarkan pada Januari 2019, JomStudi merupakan inisiatif yang diterajui oleh organisasi swasta iaitu Astro, Digi dan Media Prima dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Pendaftaran keahlian adalah percuma dan
setelah mendaftar sebagai ahli, platform tersebut boleh diakses pada bila-bila
masa dan di mana sahaja dengan menggunakan laptop mahupun telefon bimbit.
Bagi pelanggan Digi, anda akan menikmati kelebihan JomBelajar
Internet Percuma pada setiap hari dari jam 2.00 petang hingga jam 8.00 malam.
Melalui JomStudi, saya boleh menggunakan video-video yang disediakan oleh Tutor TV semasa mengajar subjek Sejarah SPM. Ini dapat menambahkan pemahaman pelajar tentang subjek yang dipelajari. Saya juga menggalakkan pelajar untuk mendaftar sebagai ahli dan menggunakan JomStudi bagi mendapatkan bahan pembelajaran seperti nota, koleksi soalan peperiksaan dan video-video interaktif yang disediakan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan #DigiWorld.
Melalui JomStudi, saya boleh menggunakan video-video yang disediakan oleh Tutor TV semasa mengajar subjek Sejarah SPM. Ini dapat menambahkan pemahaman pelajar tentang subjek yang dipelajari. Saya juga menggalakkan pelajar untuk mendaftar sebagai ahli dan menggunakan JomStudi bagi mendapatkan bahan pembelajaran seperti nota, koleksi soalan peperiksaan dan video-video interaktif yang disediakan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan #DigiWorld.
Di JomStudi juga, pelajar boleh memantau perkembangan kemajuan diri
masing-masing dan setiap tugasan yang berjaya diselesaikan akan menerima
ganjaran iaitu lencana digital. Lencana digital merupakan petunjuk
prestasi, kemahiran, kualiti atau minat pelajar. Antara lencana digital yang
ditawarkan adalah seperti Pasukan JomStudi, Profil Sempurna dan Raja Rujuk.
Cara untuk mendaftar sebagai ahli JomStudi
1. Click link pautan ke platform JomStudi - http://bit.ly/2VPpcuh. Kemudian pergi ke bahagian Daftar (click pada perkataan Langkah 1) seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
2. Isikan maklumat yang diperlukan seperti Nama Penuh, Emel, Kata Laluan dan lain-lain. Anda perlu memasukkan Kod Pengesahan yang akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang diisikan di dalam borang pendaftaran.
3. Pendaftaran selesai dan kini anda sudah boleh mengakses platform JomStudi untuk mendapatkan bahan pembelajaran yang disediakan seperti nota, soalan latihan, video dan sebagainya. Anda akan menerima lencana digital yang pertama iaitu Lencana Pasukan JomStudi dan anda boleh mendapatkan 3 lencana eksklusif JomStudi seperti gambar di bawah :
* Pelajar di bawah umur perlu mendapatkan keizinan ibu bapa sebelum membuat pendaftaran.
2 Comments
Tidak dinafikan digital memudahkan pembelajaran. Cabaran sekarang nak tarik anak-anak main game di Smartphones.
ReplyDeleteZaman sekarang dah canggih, nak studi pun udah ade aplikasinye. Tinggal register dan join sebagai membernye. Mantap Jom Studi...
ReplyDelete