Mylink.la Cara Mudah Gabungkan Banyak Link Dalam Satu Link Sahaja

Sejak negara dilanda pandemik Covid-19 dan pengumuman penutupan sekolah berikutan kes yang semakin meningkat, sesi pembelajaran tetap dijalankan secara PdPR oleh guru-guru. Saya yakin tentu banyak link / pautan yang diberikan oleh guru kepada murid untuk tujuan merekod kehadiran, menghantar tugasan, menyertai Google Meet, menjawab soalan kuiz / latihan dan pelbagai lagi. 

Anda semua ingin tahu bagaimana cara mudah untuk menggabungkan banyak link dalam satu link sahaja menggunakan Mylink.la? Dalam erti kata lain anda  hanya perlu kongsikan 1 link di mana di dalamnya terdapat beberapa link yang telah disetkan oleh anda sendiri. Sebenarnya tutorial ini bukan untuk guru sahaja, malahan boleh digunapakai oleh murid dan sesiapa sahaja. Caranya amat mudah, dengan hanya 5 langkah sahaja anda sudah mempunyai akaun MyLink.la. Semoga perkongsian saya ini akan memudahkan kerja dan memberi manfaat kepada anda semua.

Langkah 1

- Pergi ke laman web MyLink.la - https://mylink.la

Saya cadangkan supaya anda terlebih dahulu memilih nama / username yang ingin anda gunakan nanti. Sekiranya nama tersebut telah digunakan, sila pilih nama lain yang bersesuaian dengan diri anda. Anda boleh lihat contoh gambar di bawah, saya gunakan nama cikgulaili dan nama ini masih 'available' dan boleh didaftarkan.



Langkah 2

- Membuat pendaftaran menggunakan Facebook, Twitter, Gmail atau secara manual. 

Selepas pendaftaran dibuat, anda akan menerima e-mail pengesahan. Jadi, anda perlu membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses yang seterusnya.



Langkah 3

- Cara menukar username

Ada sedikit perbezaan sekiranya anda mendaftar menggunakan Facebook, Twitter dan Gmail berbanding pendaftaran secara manual (menggunakan e-mail) kerana username anda akan mengikut nama akaun Facebook, Twitter dan Gmail. Tetapi anda tidak perlu risau kerana username ini boleh diubah mengikut username yang telah anda pilih pada awal tadi.





Langkah 4

- Cara untuk menambah link

Hanya 15 link sahaja yang dibenarkan di dalam 1 akaun Mylink.la. Jika anda mempunyai banyak link yang ingin digunakan, anda boleh mendaftar akaun yang lain. Anda boleh lihat bagaimana saya memasukkan link di dalam gambar di bawah.




Langkah 5

- Cara meletak gambar dan mengubah background 

Jika anda ingin meletakkan gambar / avatar dan mengubah background pada mylink.la dengan gambar yang menarik, anda hanya upload gambar tersebut di bahagian Appearance. 







Setelah selesai 5 langkah di atas, anda boleh kongsikan link tersebut dengan murid atau sesiapa yang berkenaan. Cara mudah untuk mengingat mylink.la anda :

mylink.la/username-anda


Paparan menggunakan desktop

Paparan menggunakan handphone

Tambahan : sekiranya anda telah memasukkan banyak link, anda boleh menyusun link tersebut mengikut turutan yang anda kehendaki.


Anda juga boleh melihat tutorial lengkap yang disediakan oleh MyLink - click sini.

Selamat mencuba!

Post a Comment

3 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. tq atas perkongsian cg laili

    ReplyDelete
  3. thank you, belajar dan terus buat

    ReplyDelete