Sejak negara dilanda pandemik Covid-19 dan pengumuman penutupan sekolah berikutan kes yang semakin meningkat, sesi pembelajaran tetap dijalankan secara PdPR oleh guru-guru. Saya yakin tentu banyak link / pautan yang diberikan oleh guru kepada murid untuk tujuan merekod kehadiran, menghantar tugasan, menyertai Google Meet, menjawab soalan kuiz / latihan dan pelbagai lagi.
Anda semua ingin tahu bagaimana cara mudah untuk menggabungkan banyak link dalam satu link sahaja menggunakan Mylink.la? Dalam erti kata lain anda hanya perlu kongsikan 1 link di mana di dalamnya terdapat beberapa link yang telah disetkan oleh anda sendiri. Sebenarnya tutorial ini bukan untuk guru sahaja, malahan boleh digunapakai oleh murid dan sesiapa sahaja. Caranya amat mudah, dengan hanya 5 langkah sahaja anda sudah mempunyai akaun MyLink.la. Semoga perkongsian saya ini akan memudahkan kerja dan memberi manfaat kepada anda semua.
Langkah 1
- Pergi ke laman web MyLink.la - https://mylink.la
Saya cadangkan supaya anda terlebih dahulu memilih nama / username yang ingin anda gunakan nanti. Sekiranya nama tersebut telah digunakan, sila pilih nama lain yang bersesuaian dengan diri anda. Anda boleh lihat contoh gambar di bawah, saya gunakan nama cikgulaili dan nama ini masih 'available' dan boleh didaftarkan.
Langkah 2
- Membuat pendaftaran menggunakan Facebook, Twitter, Gmail atau secara manual.
Selepas pendaftaran dibuat, anda akan menerima e-mail pengesahan. Jadi, anda perlu membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses yang seterusnya.
Paparan menggunakan desktop |
Paparan menggunakan handphone |
5 Comments
Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat
ReplyDeletetq atas perkongsian cg laili
ReplyDeletethank you, belajar dan terus buat
ReplyDeleteIni mirip dengan Biolink ya mas?
ReplyDeleteTerima kasih mas sebelumnya
Kalau menggunakan email delima, boleh x ye cikgu?
ReplyDelete